Business (or Strategic) management is the art, science, and craft of formulating, implementing and evaluating cross-functional decisions that will enable an organization to achieve its long-term objectives. |
Pengurusan Perniagaan (atau Pengurusan Strategik) ialah seni, sains dan kemahiran yang melibatkan perumusan, pelaksanaan dan penilaian keputusan rentas fungsi, yang akan membolehkan sesebuah organisasi mencapai objektif jangka panjangnya. |
It is the process of specifying the organization's mission, vision and objectives, developing policies and plans, often in terms of projects and programs, which are designed to achieve these objectives, and then allocating resources to implement the policies and plans, projects and programs. |
Ia merupakan proses menentukan misi, visi dan objektif sesebuah organisasi, serta membangunkan dasar dan rancangan, selalunya dari segi projek dan program, yang direka untuk mencapai objektif tersebut, dan kemudiannya memperuntukkan sumber-sumber bagi melaksanakan dasar dan rancangan, serta projek dan program. |
Strategic management seeks to coordinate and integrate the activities of the various functional areas of a business in order to achieve long-term organizational objectives. |
Pengurusan strategik bertujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikan aktiviti-aktiviti pelbagai bidang fungsian perniagaan bagi mencapai objektif jangka panjang organisasi. |
A balanced scorecard is often used to evaluate the overall performance of the business and its progress towards objectives. |
Kad skor seimbang sering digunakan untuk menilai prestasi keseluruhan perniagaan serta kemajuannya dalam mencapai objektif. |
Strategic management is the highest level of managerial activity. |
Pengurusan strategik ialah tahap tertinggi dalam aktiviti pengurusan. |
Strategies are typically planned, crafted or guided by the Chief Executive Officer, approved or authorized by the Board of directors, and then implemented under the supervision of the organization's top management team or senior executives. |
Strategi biasanya dirancang, dirangka dan dipandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif, serta diluluskan atau diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah, dan kemudiannya dilaksanakan di bawah penyeliaan pasukan pengurusan tertinggi organisasi ataupun eksekutif kanannya. |
Strategic management provides overall direction to the enterprise and is closely related to the field of Organization Studies. |
Pegurusan strategi menyediakan hala tuju keseluruhan kepada perusahaan dan ia berkait rapat dengan bidang Pengajian Organisasi. |
In the field of business administration it is useful to talk about "strategic alignment" between the organization and its environment or "strategic consistency". |
Dalam bidang pengurusan perniagaan, adalah bermanfaat untuk membincangkan "penjajaran strategik" di antara organisasi dan persekitaran kerjanya, atau nama lainnya "konsistensi strategik". |
According to Arieu (2007), "there is strategic consistency when the actions of an organization are consistent with the expectations of management, and these in turn are with the market and the context." |
Menurut Arieu (2007), "konsistensi strategik berlaku apabila tindakan organisasi sejajar dengan harapan pihak pengurusan, dan juga sejajar dengan pasaran dan konteksnya". |