| The overall marketing strategy of an organization should focus on developing relationships with customers to understand their needs, and to develop goods, services, and ideas to meet those needs. |
Strategi pemasaran secara keseluruhan bagi sesebuah organisasi perlu lebih fokus kepada pembangunan perhubungan dengan pelanggan bagi memahami keperluan mereka serta membangunkan produk, perkhidmatan dan idea-idea untuk memenuhi keperluan-keoperluan tersebut. |
| Information Gathering: research potential customers, their needs, and spending habits in order to understand what sort of product, service, or idea they wish to buy. |
Pengumpulan Maklumat: penyelidikan ke atas bakal pelanggan, keperluan mereka serta tabiat berbelanja bagi memahami apakah produk, perkhidmatan atau idea yang ingin dibeli. |
| Evaluation of Organization Capabilities: decide what your organization can produce relatively well, and what your organization is not capable of producing based on the organization's specific strengths and weaknesses. |
Penilaian terhadap Kemampuan Organisasi: tentukan apakah yang mampu dikeluarkan dengan baik oleh organisasi anda, dan apakah yang tidak mampu dikeluarkan berdasarkan kepada kekuatan serta kelemahan organisasi anda. |
| Identify Market Opportunities: research the current market for a product idea, and look for an opportunity; such as no competition or strong demand. |
Kenalpasti Peluang Pasaran: jalankan penyelidikan terhadap pasaran semasa bagi suatu idea produk, dan perhatikan peluang yang wujud: contohnya permintaan yang tinggi atau tiada saingan. |
| Set Objectives of Marketing Strategy: decide what results need to be achieved in order to reach the organization's goals; such as a specific increase in sales, or net profits. |
Tentukan Objektif bagi Strategi Pemasaran: putuskan apakah keputusan yang perlu diperolehi bagi mencapai matlamat organisasi; seperti peningkatan dalam jualan yang tertentu atau keuntungan bersih. |
| Formulate an Action Plan: List the specific steps the organization needs to take in order to implement the marketing plan, and assign the responsibilities to specific staff members. |
Rumuskan satu Pelan Pelaksanaan: Senaraikan langkah-langkah tertentu yang perlu diambil oleh organisasi bagi menerapkan pelan pemasaran, dan pengagihan tanggungjawab kepada kakitangan yang tertentu. |
| Monitor & Evaluate: Study the marketing plan regularly, at least once per quarter, to track performance against the set objectives. |
Pengawasan & Penilaian: Pelajari pelan pemasaran secara kerap, sekurang-kurangnya sekali setiap sukuan tahun, bagi mengesan prestasi terhadap objektif yang telah ditetapkan. |