| The term hack has several related meanings in the technology and computer science fields. |
Istilah godam mempunyai pelbagai makna berkaitan dalam bidang teknologi dan sains komputer. |
| It may refer to a clever or quick fix to a computer program problem, or to what may be perceived to be a clumsy or inelegant (but usually relatively quick) solution to a problem. |
Ia boleh merujuk kepada pembaikan masalah program komputer secara cepat atau bijak, atau juga boleh dilihat sebagai penyelesaian yang kekok atau tidak cantik (tetapi selalunya agak pantas) kepada masalah. |
| The term is also used to refer to a modification of a program or device to give the user access to features that were otherwise unavailable. |
Istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada pengubahsuaian program atau peranti untuk memberi pengguna kebenaran mencapai ciri-ciri yang tidak dibenarkan sebelum ini. |
| Most networks start off with poor security. |
Kebanyakan rangkaian bermula dengan keselamatan yang rendah. |
| But over time, with patches, network security does increase. |
Setelah beberapa ketika, dengan tampalan, keselamatan rangkaian akan meningkat. |
| At this point, a hacker that has gotten use of a certain system may be lose their additional access for a while. |
Pada masa ini, penggodam yang memperoleh capaian kepada sistem tertentu boleh kehilangan capaian tambahan mereka untuk sementara waktu. |
| But usual the hacker goes on to find new holes. |
Walau bagaimanapun, penggodam selalunya akan menjumpai lubang baharu. |
| There is only so much an admin can disable on your computer before it becomes no use to anyone. |
Pentadbir hanya boleh melumpuhkan beberapa program di dalam komputer anda sebelum ia tidak boleh digunakan langsung. |
| To get access to a network, a hacker can use whatever programs are on a computer. |
Untuk mencapai sesuatu rangkaian, penggodam boleh menggunakan mana-mana program yang terdapat dalam komputer. |
| . If you are a student then you will undoubtedly have programs that aid in study, such as Notepad, MS Word, PowerPoint and others. |
Jika anda seorang pelajar, anda berkemungkinan besar mempunyai program yang membantu dalam pembelajaran seperti Notepad, MS Word, PowerPoint dan lain-lain. |
| All these programs can be used to the hackers advantage. |
Kesemua program ini boleh digunakan untuk kepentingan penggodam. |
| On this page of the book we will discuss how educational computers are hacked to take access of student files and data. |
Di dalam muka surat ini, kami akan membincangkan tentang cara-cara komputer yang digunakan untuk tujuan pembelajaran digodam untuk mencapai fail dan data pelajar. |
| By knowing these hacks, administrators and teachers will be better able to spot when students are hacking into networks. |
Dengan mengetahui tentang penggodaman ini, pentadbir dan guru-guru akan lebih cekap mengenal pasti jika pelajar menggodam masuk rangkaian. |