The Lord of the Flies contains many examples of symbolism which Golding has incorporated to show a deeper level to the main, mostly straightforward, storyline that reveals his thoughts on the nature of humanity and evil. |
Lord of the Flies dipenuhi dengan banyak contoh perlambangan yang digunapakai oleh Golding untuk memaparkan maksud yang tersirat dalam sebuah cerita yang kelihatan biasa pada zahirnya. Beliau memberikan pandangan tentang kemanusiaan dan kejahatan melalui jalan penceritaannya. |
Below are some of the main symbols used in the book, but there are plenty more for you to discover yourself. |
Berikut adalah beberapa perlambangan yang sering digunakan dalam buku berkenaan. Namun, masih banyak lagi yang boleh anda temui apabila membacanya. |
Among such symbols may be included such small or natural seeming events like the coral reef, (Submarine warfare, surrounding of Britain by German U-boats?) or the "great fire", which may represent the first world war, ("We shall never commit to this savagery again"). |
Di antara simbol tersebut termasuklah elemen-elemen biasa seperti terumbu karang, (Peperangan kapal selam, Britain yang dikepung U-bot Jerman?) atau "api besar", yang barangkali melambangkan Perang Dunia Pertama,("Kita tidak akan sekejam ini lagi") |
Blood is another symbol Golding uses extensively, although what he uses it for is open to interpretation. |
Darah juga digunakan sebagai perlambangan secara meluas oleh Golding. Walau bagaimanapun, tujuan penggunaannya terpulang kepada interpretasi. |
The different styles of leadership shown by Jack and Ralph symbolize democracy and dictatorship, much like as depicted in George Orwell's Animal Farm where he used pigs to symbolize the USSR's communist leaders. |
Corak kepimpinan yang berbeza di antara Jack dan Ralph melambangkan demokrasi dan kepimpinan diktator, seperti yang terdapat dalam Animal Farm karya George Orwell. Beliau telah menggunakan khinzir untuk melambangkan pemimpin-pemimpin komunis USSR. |
The imaginary beast that frightens all the boys stands for the primal instinct of savagery that exists within all human beings. |
Makhluk ganas khayalan yang menakutkan semua kanak-kanak tersebut melambangkan kekejaman yang wujud dalam sanubari setiap insan. |
The boys are afraid of the beast, but only Simon reaches the realization that they fear the beast because it exists within each of them. |
Kesemua mereka takut akan makhluk itu, namun cuma Simon yang menyedari bahawa ketakutan itu wujud kerana makhluk itu sendiri ada dalam setiap diri mereka. |
As the boys grow more savage, their belief in the beast grows stronger. |
Tatkala kanak-kanak tersebut menjadi bertambah ganas,kepercayaan mereka terhadap makhluk itu turut bertambah. |
By the end of the novel, the boys are leaving it sacrifices and treating it as a totemic god. |
Di pengakhiran novel, mereka mula menyediakan korban untuk makhluk itu dan menganggapnya sebagai tuhan. |
The boys’ behavior is what brings the beast into existence, so the more savagely the boys act, the more real the beast seems to become. |
Perilaku kanak-kanak tersebutlah yang melahirkan kewujudan makhluk itu, jadi, semakin kejam perlakuan mereka, semakin nyatalah kewujudan makhluk itu. |
The boys "become" the beast when they kill Simon. |
Kanak-kanak tersebut berubah "menjadi" makhluk itu apabila mereka membunuh Simon. |
Golding describes the savages' behavior as animal like; the savages dropped their spears (man's tool) and "screamed, struck, bit, tore. There were no words, and no movements but the tearing of teeth and claws." |
Golding memberi gambaran bahawa perlakuan ganas kanak-kanak tersebut tidak ubah seperti haiwan; mereka menggunakan tombak (alat kegunaan manusia) dan sebaliknya "menjerit, memukul, menggigit, mengoyak. Tiada sebarang kata-kata, tiada pergerakan, hanya gigi dan kuku yang mengoyak." |